CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 12 November 2011

Pasangan Ilmu

  Kepada pembaca yang saya hormati sekalian, Pertama-tamanya saya mengucapkan rasa syukur yang amat sangat terhadap ILAHI yang memberi kesempatan untuk terus bernafas sehingga saat ini dan membolehkan saya beribadat dan terus penulisan blog pada saat ini.Sebenarnya tiada apa untuk berkongsi kepada pembaca, hanya secebis untaian kata-kata yang amat daif berbanding bloger yang lain.

  Pada hari ini saya ingin berkongsi pengatahuan mungkin bisa dikatakan pengalaman hidup. Apa itu ilmu ?? mungjkin pembaca tau semua apa yang dikatakan ilmu, sesetengah orang berpandapat mengatakan ilmu itu adalah sesuatu perkara yang dipelajari, sesetengah mengatakan ilmu adalah perkara yang kita dapat melaui pengalaman. selain itu ilmu juga dikatakan pengetahuan. mengikut pandangan dan apa yang saya ketahui, yang dikatakan ilmu adalah sesuatu perkara yang kita dapat melaui panca indra untuk dilaksanakan  atau untuk meninggalakn sesuatu pekara untuk diri kita dan orang lain.Sesetengah ulamak menafsirkan bahwa ilmu adalah bagaimana sesuatu perkara itu dapat taat kepada ALLAH dan dapat meninggalkan perkara yang dilarangNYa.

  Apa perasaan anda berilmu? sesetengah berpendapat bahawa jika kita berilmu kita akan disangjung, selain itu apabila kita berilmu kita tidak ditipu dan boleh menggunakan ilmu tersebut apabila kita ingin menggunakan.pelbagai ilmu didunia ini kita ketahui,perlu ketahui dan belum pernah kita ketahui sama ada fosotif dan negatif. Bagi pendapat saya, kita boleh saja mempelajari segala ilmu didunia ini  hatta sekalipun ilmu sihir. kerna sesuatu ada kalanya perlu kita mengetahui bukan untuk diamalkan tetapi untuk berjaga-jaga ketika waktu memerlukan.

  Berbalik persoalan saya diatas, Apa perasaan kamu jika rase berilmu. sesetengah orang akan rasa bersykur dan ingin mengajarkan pada orang lain. dan sesetegah orang pula akan merasakan dirinya tinggi dan akan membuahkan perasaan "RIAK"  walaupun perasaan itu tidak pernah diundang dalam diri kita.Biasalah kite lebih dari orang lain .

 Para pembaca yang dirahmati ALLAH dan dihormati sekalian, sebenarnya setiap yang diciptakan ALLAH didunia ini ada pasanganya, bukan kita sahaja sebagai manusia yang perlu ada pasangan termasuklah haiwain pokon-pokok dan mahkluk lain.Disini saya ingin memberitahu pada pembaca sekalian bahawa pasanagn ILMU adalah ZIKIR, mesti para pembaca beranggapan bahawah pasangan ILMU adalah AMAL kan?? Seperti yang dicptakan ALLAH adanya adam pasanganya hawa, adanya jantan adanya betina. apabila pasangan ilmu adalah amal bagi saya adalah tidak tepat kerna selepas kita mengetahui sesuatu ilmu tidak semestinya kita amal contonya ilmu sihir, ilmu yang negatif atau ilmu yang tidak perlu kita lakukan pada tiap masa dan ketika, hanya pada sesetengah waktu dan tempat.

  Ilmu dan zikir adalah pasangan yang sesuai dan cocok sekali, kerana apabila kita ada ilmu kita hendaklah berkikir untuk meninggalkan dan mengundang perasaan riak yang dihembus oleh syaitan laknatullah.Apabila kita merasakan lebih dan meningkat ketempat yang lebih tinggi dari asal hendakalah kita beristirfar dan berzikir bagi memudahkan perbuatan seterusnya adalah AMAL,

  Apa itu zikir?? makna zikir menurut ulama adalah perkara yang mengingatkan kita pada ALLAH dan takut merasa bangga diri ,riak dan takjub. kenapa kita perlu berzikir wahai pembaca yang saya hormati sekalian. tujuanya tidak lain tidak bukan untuk hidup disisi ALLAH taalah.Manusia yang tidak berzikir mati disisi ALLAH.

  Para pembaca yang dirahmati dan dikasihi ALLAH taala sekalian.sekadar ini sahaja pada saat ini yang dapat kongsikan semoga kita semua dapat sampaikan dan amalkan, Sesungguhnya saya adalah insan yang lemah tidak lari dari kesilapan, jikalau salah saya minta maaf pada para pembaca dan minta ampun kepadanNYA. WASSALAM minna  izat ibnu hasan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan